Wednesday, 4 October 2017

Kek Coklat Pisang

Hai assalamualaikum. Hari ni saya nak kongsi resepi Kek Coklat Pisang.

Mula-mula, sediakan kek span coklat. Resepi kek ini pernah saya kongsikan di Kek Span Coklat. Bolehlah melawat ke entry sebelum ni dulu. Hehehe.

Chocolate Mousse


Bahan-bahan :


250 gm Krim putar bukan tenusu 
50 gm serbuk koko
80 gm gula halus
1 sudu besar Nescafe atau Paste Moca
1 sudu besar halal gelatin
4 sudu besar air panas

Cara-cara  :


Larutkan gelatin dalam 4 sudu besar air panas.

Letakkan air panas dalam cawan dan taburkan gelatin di atasnya, biarkan ia kembang dan melarut. Jika masih tak larut panaskan secara kaedah double boiler.

Sementara itu satukan serbuk koko dan gula dan ayak

Dalam bekas pemutar, putar krim putar hingga kental.


tambahkan serbuk koko, gula, paste moca dan pukul kelajuan perlahan


Akhir sekali masukkan larutan gelatin.

Kaedah Penyediaan :


Pisang secukupnya (dibelah dua)


Air Nescafe untuk melembabkan kek 


Ganache coklat secukupnya 

Letakkan sepotong kek span atas lapik kek


Letakkan mousse coklat dan ratakan


Susunkan potongan pisang di atasnya kemas


Letakkan lapisan kek yang kedua dan ulang proses yang sama hingga habis


Salutkan keseluruhan kek dengan mousse cokat dan simpan dalam peti ais hingga ia mengeras


Bila dah mengeras bolehlah salutkan kek dengan curahan ganache coklat dan hias dengan kreativiti masing-masing 

* Untuk mengeakkan pisang mudah lebam, rendam pisang dalam perahan air lemon




Dan, kek coklat pisang pun dah siap! Bagi yang tak pernah mencuba, wajib cuba tau! Sangat sedap. Sekian terima kasih.

Sunday, 1 October 2017

Kek Teh Tarik

Hai assalamualaikum. Haa, baca tajuk mesti semua pelikkan? Resepi kek teh tarik? Tak pernah dengar? Nak cuba rasa? 

Ikut langkah-langkah di bawah dan anda akan dapat merasai kenikmatan kek ini. Huhu.

Mula-mula mestilah kena sediakan teh tarik dulu kan?

Okay, ini bahan-bahan yang diperlukan :
8 bag teh uncang Lipton
1 cawan air panas
1/2 cawan susu pekat manis

Cara-cara :
Satukan teh uncang dalam air panas dan rendam hingga kembang untuk mendapatkan air teh yang pekat.


Asingkan 4 sudu besar ait teh untuk buat sos karamel.


Baki air teh tadi satukan bersama susu pekat manis.


Sekarang, kita sediakan kek span pula.


Bahan-bahan:
180 gm gula kastor
170 gm tepung
50 gm serbuk badam (dibakar sebentar)
4 biji telur
15 gm ovelette
1 s/teh serbuk penaik
70 ml 'sirap' teh tarik
1 sudu teh esen vanila
50 gm mentega (dicairkan)


Sediakan 2 loyang bersaiz 8 inci dan dilapik kertas serta dioles dengan mentega.


Panaskan oven 15 minit awal dengan suhu 170 C.

Tepung disatukan bersama serbuk penaik, kemudian diayak.


Satukan semua bahan dalam mesin pemutar kecuali mentega cair.


Putar dengan kelajuan perlahan ke laju hingga adunan gebu dan naik sekali ganda.


Tutup mesin pemutar dan masukkan mentega cair.


Gaul dengan kaedah kaup balik sehingga adunan rata.


Tuangkan adunan dalam dua loyang dengan sukatan sama banyak.


Bakar pada suhu 170C selama 30 minit.


Setelah masak, keluarkan kek dari loyang dengan segera.


Terbalikkan atas redai dan biarkan sejuk.

Setelah sejuk, potong kek kepada 2 keping setiap 1 loyang.


Ini bermakna kita akan dapat 4 keping kek yang sama ketebalannya.

Okay, sekarang proses untuk membuat krim pula!

Bahan-bahan :
250 gm krim keju
130 gm gula icing
50 ml sirap teh tarik
15 gm gelatin
45 gm air
300 gm krim putar (non diary)
1 sudu teh esen vanila


Satukan gelatin dalam air dan biarkan kembang.


Cairkan gelatin secara 'double boil'.

Pukul krim keju hingga lembut.


Masukkan gula, sirap teh tarik dan esen vanila dan pukul hingga lembut.


Tuangkan gelatin dan terus pukul hingga sebati.


Dalam mangkuk lain, putar nkrim putar sehingga kental.


Satukan krim putar bersama krim keju dan gaul dengan kaedah kaup balik sehingga rata.


masukkan dalam piping bag.

Biarkan dahulu krim dan sekarang kita akan sediakan sos karamel.

Bahan - bahan :

130  gm gula kastor
110 ml krim putar (diary)
60 gm mentega tanpa garam
4 sudu besar sirap teh tarik tanpa susu (yang telah diasingkan awal tadi)
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh esen vanila


Satukan gula dan teh tarik tanpa susu di dalam periuk dan masak hingga gula larut dan berbuih-buih.


Masukkan mentega, garam , esen vanila dan krim putar.


Masak hingga adunan berbuih dan pekat.


Sejukkan.


Kemudian, tibalah masa untuk menyediakan kek pula.

Letakkan 1 lapis kek span teh tarik di atas alas atau pinggan.


Sapukan sos karamel teh tarik dan ratakan di atas lapisan kek span.


Paipkan krim keju teh tarik dan ratakan.


Ulang proses yang sama hingga habis.


Baki krim sapukan pada keseluruhan kek.


Simpan dalam peti ais hingga ia sejuk.

Setelah betul-betul sejuk baru tuangkan baki teh tarik caramel sos di atas kek tersebut.


Simpan semula hingga benar-benar sejuk.




Hias kan kek mengikut kreativiti masing-masing.



Kek telah sedia untuk dihidangkan bersama keluarga.




Selamat mencuba dan selamat menjamu selera.
Sekian terima kasih.

Saturday, 30 September 2017

Kek Madu Rusia

Assalamualaikum. Hai semua! Untuk kek harini kita ala-ala Rusia sikit. Hehe.

Macam biasalah, kena sediakan bahan dahulu.

Bahan-bahan diperlukan :
1/4 cawan madu asli
3/4 cawan gula halus @ 1/2 cawan pun boleh. Nanti terlebih manis pula sebab dah ada madu
2 sudu besar mentega tanpa garam
3 biji telur 
1 sudu teh soda bikarbonat
3 cawan tepung gandum



Ayak tepung dan soda bikarbonat serentak.

Masukkan madu, gula dan mentega dalam periuk dan masak dengan api yang perlahan hingga gula larut.

Setelah gula larut, tutup api dan terus masukkan telur yang telah dipukul dan terus kacau hingga rata. 

Kacau dengan cepat.

Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di tangan.




Keluarkan doh dari periuk dan sedia untuk di canai ketika ia masih suam.


Gelek doh menjadi panjang dan potong doh kepada 8 kepingan. 


Setiap kepinggan ita timbang anggaran 90 gm.

Sediakan 8 keping kertas minyak yang di potong bersaiz 10 inci.


Taburkan sedikit tepung atas kertas untuk memudahkan proses mencanai.


Canai doh nipis anggaran saiz 8 atau 9 inci dan ketebalan 1/8 inci.


Kemudian ambil pemotong atau kalau tak ada pemotong boleh guna loyang untuk dapatkan ukuran bulat saiz kek yang kita kehendaki.


Selepas dipotong, lebihan tepi doh dibiarkan atas kertas dan dibakar sekali.


Cucuk kepingan doh dengan garfu.


Bakar dalam ketuhar suhu 170C ~ 190C bergantung kepanasan ketuhar masing-masing selama 5 ~ 10 minit atau hingga ia kuning keemasan.


Bila dah masak, angkat dan tanggalkan kertas minyak
Ulang proses yang sama untuk 7 lagi kepingan biskut.


Biarkan sejuk


Baki lebihan kepingan biskut tu pula , masukkan dalam pengisar kering dan kisar sehingga halus.


Sekarang kita nak sediakan filling pula. 


Bahan-bahan (krim keju) :

1 cawan sour cream
1/2 cawan mascarpone
1/2 cawan gula icing
1/2 sudu teh esen vanilla
1 sudu besar pes lemon 
30 ml air 
8 gm gelatin 
250 gm krim putar (non diary)


Satukan gelatin dalam air dan biarkan kembang sebentar.


Cairkan gelatin dengan kaedah 'double boil'.


* Gelatin ni terpulang lah kalau nak letak boleh tak letak pun tak apa.


Satukan mascorpone cheese, sour cream, gula icing dan vanilla dalam mesin pemutar dan putar hingga lembut.


Kemudian masukkan gelatin cair dan putar sebati .


Dalam mangkuk  lain, putar krim putar hingga kental.
Satukan krim putar dalam cream mascorpone dan gaul dengan kaedah kaup balik sehingga rata.

Okay sekarang, kita sediakan kek pula!


Letakkan 1 kepingan biskut atas pinggan atau alas.

Kemudian letakkan krim.

Ulang proses yang sama hingga habis.

Salut keseluruhan kek dengan baki krim.

Salut juga keseluruhan krim dengan serbuk biskut yang kita dah kisar tadi.

Simpan dalam peti ais semalaman.


Kek telah sedia untuk dinikmati bersama. 



Selamat mencuba dan semoga berjaya!

Credit : Masam Manis 

Sekian terima kasih.

Friday, 29 September 2017

Kek Gula Melaka

Assalamualaikum. Kek hari ini ada kaitan dengan kek semalam. Siapa belum tengok lagi boleh tengok dekat sini.

Cuma kek hari ni rumit sikitlah sebab ada penambahan. Tapi jangan risau, usaha pasti akan membuahkan hasil! Hehe mesti puas hati lepas cuba.

Bahan - bahan (sirap gula Melaka) :
1/2 cawan gula melaka (dihiris atau 4 keping gula Melaka)
1/2 cawan air
1 helai daun pandan disimpul
1 sudu besar tepung jagung


Cara - caranya :


Satukan semua bahan ini dalam periuk dan masak hingga ia pekat. 

Jangan lupa untuk sentiasa dikacau sewaktu proses memasak gula dan tapiskan.

Biarkan ia sejuk.

Sementara kita tunggu sirap gula Melaka sejuk, kita sediakan pula krimnya.

Bahan - bahan (krim keju gula Melaka) :
250 gm krim keju
200 ml sirap gula Melaka
60 gm gula icing
300 gm krim putar
12 gm gelatin
45 ml air


Satukan gelatin dalam air dan biarkan ia kembang.


Kemudian cairkan dengan cara kukusan.


Satukan krim keju dan gula icing, dan putar hingga adunan lembut dan berkrim.
Tuangkan gelatin yang cair sambil terus diputar.


Kemudian tuangkan sirap gula Melaka dan gaul rata.
Dalam mesin pemutar yang bersih, putarkan krim putar (non diary) hingga kental.
Satukan krim putar bersama krim keju gula melaka dan gaul dengan kaedah kaup balik sehingga rata.


Sekarang, tibalah di kemuncaknya! Penyediaan kek.

Kek span pandan(2 biji) yang telah disediakan tadi atau boleh dibeli di mana-mana kedai kek, dipotong setiap kek kepada 2 keping.

Ini bermakna kita akan dapat 4 keping kek span yang nipis.

Letakkan sekeping kek atas pinggan ataupun alas.


Tuangkan sirap gula melaka dan ratakan.


Paipkan krim keju gula Melaka dan ratakan.


Kemudian letakkan sekeping lagi kek di atasnya.


Ulang proses yang sama hingga selesai.


Salutkan keseluruhan kek dengan krim keju gula Melaka.


Kemudian salutkan keseluruhan kek dengan kelapa kering ( boleh di beli di kedai kek.




Hiaslah kek mengikut citarasa anda.






Selamat mencuba dan selamat menjamu selera ! Terima kasih.

Thursday, 28 September 2017

Kek Span Pandan

Hai assalamualaikum.

Pada hari ini saya ingin  berkongsi resepi kek yang mudah tapi sedap!

Bahan-bahan:

150 gm tepung gandum
1 sudu teh serbuk penaik
150 gm gula halus
5 biji telur A
80 ml santan
4 helai daun pandan
80 ml unsalted mentega yang di cairkan
1 sudu besar ovellete
pewarna hijau
pandan emulco


Cara-cara :

Mula-mula ayakkan tepung gandum dan serbuk penaik.
Daun pandan dicuci bersih dan dipotong kecil. 

Masukkan dalam pengisar, letakkan santan dan kisar hingga halus. 

Kemudian ditapis.

Masukkan pewarna pandan dan pes pandan emulco. Kacau sehingga sebati.

Cairkan mentega.

Satukan telur, gula dan ovellete di dalam mesin putar dan putar hingga berbuih.

Masukkan tepung yang telah di ayak dan putar hingga gebu.

Masukkan pula jus pandan santan dan putar dengan kelajuan yang maksima hingga gebu.

Masukkan mentega cair dan gaul dengan kaedah kaup balik sehingga rata.

Tuang adunan sama banyak dalam 2 loyang 8 inci yang telah disapu mentega dan di letakkan kertas minyak ( anggaran 350 gm setiap satu loyang )

Bakar dalam ketuhar yang telah di panaskan 15 minit awal pada suhu 170 selama 45 minit.

Setelah masak, cepat-cepat keluarkan dari loyang dan terbalikan atas redai.

Kemudian terbalikkan semua atas lapik kek.

Proses ini kena lakukan dengan cepat supaya kek tak turun oleh tarikan graviti.


Resepi ini dari blog Puan Azlita.

Kek pandan sedia dihidangkan! Selamat mencuba. Assalamualaikum.