Assalamualaikum. Hai semua! Untuk kek harini kita ala-ala Rusia sikit. Hehe.
Macam biasalah, kena sediakan bahan dahulu.
Bahan-bahan diperlukan :
1/4 cawan madu asli3/4 cawan gula halus @ 1/2 cawan pun boleh. Nanti terlebih manis pula sebab dah ada madu
2 sudu besar mentega tanpa garam
3 biji telur
1 sudu teh soda bikarbonat
3 cawan tepung gandum
Ayak tepung dan soda bikarbonat serentak.
Masukkan madu, gula dan mentega dalam periuk dan masak dengan api yang perlahan hingga gula larut.
Kacau dengan cepat.
Keluarkan doh dari periuk dan sedia untuk di canai ketika ia masih suam.
Gelek doh menjadi panjang dan potong doh kepada 8 kepingan.
Setiap kepinggan ita timbang anggaran 90 gm.
Sediakan 8 keping kertas minyak yang di potong bersaiz 10 inci.
Taburkan sedikit tepung atas kertas untuk memudahkan proses mencanai.
Canai doh nipis anggaran saiz 8 atau 9 inci dan ketebalan 1/8 inci.
Kemudian ambil pemotong atau kalau tak ada pemotong boleh guna loyang untuk dapatkan ukuran bulat saiz kek yang kita kehendaki.
Selepas dipotong, lebihan tepi doh dibiarkan atas kertas dan dibakar sekali.
Cucuk kepingan doh dengan garfu.
Bakar dalam ketuhar suhu 170C ~ 190C bergantung kepanasan ketuhar masing-masing selama 5 ~ 10 minit atau hingga ia kuning keemasan.
Bila dah masak, angkat dan tanggalkan kertas minyak
Ulang proses yang sama untuk 7 lagi kepingan biskut.
Biarkan sejuk
Baki lebihan kepingan biskut tu pula , masukkan dalam pengisar kering dan kisar sehingga halus.
Sekarang kita nak sediakan filling pula.
Bahan-bahan (krim keju) :
1 cawan sour cream
1/2 cawan mascarpone
1/2 cawan gula icing
1/2 sudu teh esen vanilla
1 sudu besar pes lemon
30 ml air
8 gm gelatin
250 gm krim putar (non diary)
Satukan gelatin dalam air dan biarkan kembang sebentar.
Cairkan gelatin dengan kaedah 'double boil'.
* Gelatin ni terpulang lah kalau nak letak boleh tak letak pun tak apa.
Satukan mascorpone cheese, sour cream, gula icing dan vanilla dalam mesin pemutar dan putar hingga lembut.
Kemudian masukkan gelatin cair dan putar sebati .
Dalam mangkuk lain, putar krim putar hingga kental.
Satukan krim putar dalam cream mascorpone dan gaul dengan kaedah kaup balik sehingga rata.
Okay sekarang, kita sediakan kek pula!
Letakkan 1 kepingan biskut atas pinggan atau alas.
Kemudian letakkan krim.
Ulang proses yang sama hingga habis.
Salut keseluruhan kek dengan baki krim.
Salut juga keseluruhan krim dengan serbuk biskut yang kita dah kisar tadi.
Simpan dalam peti ais semalaman.
Kek telah sedia untuk dinikmati bersama.
Sekian terima kasih.
No comments:
Post a Comment