Saturday, 30 September 2017

Kek Madu Rusia

Assalamualaikum. Hai semua! Untuk kek harini kita ala-ala Rusia sikit. Hehe.

Macam biasalah, kena sediakan bahan dahulu.

Bahan-bahan diperlukan :
1/4 cawan madu asli
3/4 cawan gula halus @ 1/2 cawan pun boleh. Nanti terlebih manis pula sebab dah ada madu
2 sudu besar mentega tanpa garam
3 biji telur 
1 sudu teh soda bikarbonat
3 cawan tepung gandum



Ayak tepung dan soda bikarbonat serentak.

Masukkan madu, gula dan mentega dalam periuk dan masak dengan api yang perlahan hingga gula larut.

Setelah gula larut, tutup api dan terus masukkan telur yang telah dipukul dan terus kacau hingga rata. 

Kacau dengan cepat.

Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di tangan.




Keluarkan doh dari periuk dan sedia untuk di canai ketika ia masih suam.


Gelek doh menjadi panjang dan potong doh kepada 8 kepingan. 


Setiap kepinggan ita timbang anggaran 90 gm.

Sediakan 8 keping kertas minyak yang di potong bersaiz 10 inci.


Taburkan sedikit tepung atas kertas untuk memudahkan proses mencanai.


Canai doh nipis anggaran saiz 8 atau 9 inci dan ketebalan 1/8 inci.


Kemudian ambil pemotong atau kalau tak ada pemotong boleh guna loyang untuk dapatkan ukuran bulat saiz kek yang kita kehendaki.


Selepas dipotong, lebihan tepi doh dibiarkan atas kertas dan dibakar sekali.


Cucuk kepingan doh dengan garfu.


Bakar dalam ketuhar suhu 170C ~ 190C bergantung kepanasan ketuhar masing-masing selama 5 ~ 10 minit atau hingga ia kuning keemasan.


Bila dah masak, angkat dan tanggalkan kertas minyak
Ulang proses yang sama untuk 7 lagi kepingan biskut.


Biarkan sejuk


Baki lebihan kepingan biskut tu pula , masukkan dalam pengisar kering dan kisar sehingga halus.


Sekarang kita nak sediakan filling pula. 


Bahan-bahan (krim keju) :

1 cawan sour cream
1/2 cawan mascarpone
1/2 cawan gula icing
1/2 sudu teh esen vanilla
1 sudu besar pes lemon 
30 ml air 
8 gm gelatin 
250 gm krim putar (non diary)


Satukan gelatin dalam air dan biarkan kembang sebentar.


Cairkan gelatin dengan kaedah 'double boil'.


* Gelatin ni terpulang lah kalau nak letak boleh tak letak pun tak apa.


Satukan mascorpone cheese, sour cream, gula icing dan vanilla dalam mesin pemutar dan putar hingga lembut.


Kemudian masukkan gelatin cair dan putar sebati .


Dalam mangkuk  lain, putar krim putar hingga kental.
Satukan krim putar dalam cream mascorpone dan gaul dengan kaedah kaup balik sehingga rata.

Okay sekarang, kita sediakan kek pula!


Letakkan 1 kepingan biskut atas pinggan atau alas.

Kemudian letakkan krim.

Ulang proses yang sama hingga habis.

Salut keseluruhan kek dengan baki krim.

Salut juga keseluruhan krim dengan serbuk biskut yang kita dah kisar tadi.

Simpan dalam peti ais semalaman.


Kek telah sedia untuk dinikmati bersama. 



Selamat mencuba dan semoga berjaya!

Credit : Masam Manis 

Sekian terima kasih.

Friday, 29 September 2017

Kek Gula Melaka

Assalamualaikum. Kek hari ini ada kaitan dengan kek semalam. Siapa belum tengok lagi boleh tengok dekat sini.

Cuma kek hari ni rumit sikitlah sebab ada penambahan. Tapi jangan risau, usaha pasti akan membuahkan hasil! Hehe mesti puas hati lepas cuba.

Bahan - bahan (sirap gula Melaka) :
1/2 cawan gula melaka (dihiris atau 4 keping gula Melaka)
1/2 cawan air
1 helai daun pandan disimpul
1 sudu besar tepung jagung


Cara - caranya :


Satukan semua bahan ini dalam periuk dan masak hingga ia pekat. 

Jangan lupa untuk sentiasa dikacau sewaktu proses memasak gula dan tapiskan.

Biarkan ia sejuk.

Sementara kita tunggu sirap gula Melaka sejuk, kita sediakan pula krimnya.

Bahan - bahan (krim keju gula Melaka) :
250 gm krim keju
200 ml sirap gula Melaka
60 gm gula icing
300 gm krim putar
12 gm gelatin
45 ml air


Satukan gelatin dalam air dan biarkan ia kembang.


Kemudian cairkan dengan cara kukusan.


Satukan krim keju dan gula icing, dan putar hingga adunan lembut dan berkrim.
Tuangkan gelatin yang cair sambil terus diputar.


Kemudian tuangkan sirap gula Melaka dan gaul rata.
Dalam mesin pemutar yang bersih, putarkan krim putar (non diary) hingga kental.
Satukan krim putar bersama krim keju gula melaka dan gaul dengan kaedah kaup balik sehingga rata.


Sekarang, tibalah di kemuncaknya! Penyediaan kek.

Kek span pandan(2 biji) yang telah disediakan tadi atau boleh dibeli di mana-mana kedai kek, dipotong setiap kek kepada 2 keping.

Ini bermakna kita akan dapat 4 keping kek span yang nipis.

Letakkan sekeping kek atas pinggan ataupun alas.


Tuangkan sirap gula melaka dan ratakan.


Paipkan krim keju gula Melaka dan ratakan.


Kemudian letakkan sekeping lagi kek di atasnya.


Ulang proses yang sama hingga selesai.


Salutkan keseluruhan kek dengan krim keju gula Melaka.


Kemudian salutkan keseluruhan kek dengan kelapa kering ( boleh di beli di kedai kek.




Hiaslah kek mengikut citarasa anda.






Selamat mencuba dan selamat menjamu selera ! Terima kasih.

Thursday, 28 September 2017

Kek Span Pandan

Hai assalamualaikum.

Pada hari ini saya ingin  berkongsi resepi kek yang mudah tapi sedap!

Bahan-bahan:

150 gm tepung gandum
1 sudu teh serbuk penaik
150 gm gula halus
5 biji telur A
80 ml santan
4 helai daun pandan
80 ml unsalted mentega yang di cairkan
1 sudu besar ovellete
pewarna hijau
pandan emulco


Cara-cara :

Mula-mula ayakkan tepung gandum dan serbuk penaik.
Daun pandan dicuci bersih dan dipotong kecil. 

Masukkan dalam pengisar, letakkan santan dan kisar hingga halus. 

Kemudian ditapis.

Masukkan pewarna pandan dan pes pandan emulco. Kacau sehingga sebati.

Cairkan mentega.

Satukan telur, gula dan ovellete di dalam mesin putar dan putar hingga berbuih.

Masukkan tepung yang telah di ayak dan putar hingga gebu.

Masukkan pula jus pandan santan dan putar dengan kelajuan yang maksima hingga gebu.

Masukkan mentega cair dan gaul dengan kaedah kaup balik sehingga rata.

Tuang adunan sama banyak dalam 2 loyang 8 inci yang telah disapu mentega dan di letakkan kertas minyak ( anggaran 350 gm setiap satu loyang )

Bakar dalam ketuhar yang telah di panaskan 15 minit awal pada suhu 170 selama 45 minit.

Setelah masak, cepat-cepat keluarkan dari loyang dan terbalikan atas redai.

Kemudian terbalikkan semua atas lapik kek.

Proses ini kena lakukan dengan cepat supaya kek tak turun oleh tarikan graviti.


Resepi ini dari blog Puan Azlita.

Kek pandan sedia dihidangkan! Selamat mencuba. Assalamualaikum.

Wednesday, 27 September 2017

Kek Labu

Hai assalamualaikum.

Hari ini saya ingin berkongsi resepi yang sihat sedikit hehe.

Labu ni banyak khasiatnya. Sekiranya anak-anak kecil sukar untuk makan labu, kita buatlah hidangan yang mampu menarik minat mereka. Macam mana caranya? Jom kita mula!

Bahan - bahan :
3 biji telur
1 cawan minyak jagung/mentega
1 setengah cawan gula halus
1 camca teh esen vanila
1/4 camca teh garam
450g labu (kupas kulit, kukus sehingga lembut dan lecek halus)
2 setengah cawan tepung gandum*
1 camca teh soda bikarbonat*
setengah camca teh serbuk penaik*
1 setengah camca besar susu tepung*

(* diayak)

Cara - cara :

Ratakan mentega ke seluruh bahagian loyang dan taburkan tepung.
Panaskan ketuhar pada suhu 160C.


Gaulkan telur, gula, garam, minyak jagung @ mentega cair, labu yang telah dilecek dan esen vanila. Kalau sehingga sebati.


Masukkan bahan yang telah diayak ke dalam adunan sedikit demi sedikit dan kacau sehingga sebati.


Tuangkan adunan tadi ke dalam loyang dan bakar selama (50 minit-1jam).


Setelah kek masak, sejukkan dahulu selama 10 minit. Kemudian keluarkan daripada loyang.


Setelah itu, kek boleh lah dihidangkan untuk anak-anak. Tekstur yang lembut dan lembap pasti akan menarik minat mereka. 


Sekian terima kasih.

Sumber : Google

Tuesday, 26 September 2017

Kek Coklat Lava

Hai assalamualaikum. Untuk resepi kali ini, saya ingin berkongsi kek yang lembut di luar, cair di dalam.

Kek coklat lava. Kalau beli dekat kedai mungkin harga lebih mahal. Dapat makan pun sikit je. Kalau buat sendiri dalam makan banyak, untung-untung boleh jual pula!

Bahan - bahan :

5 sudu besar mentega
100gm coklat gelap
2 biji telur
1 kuning telur
3 sudu besar gula
3 sudu besar tepung
2 sudu kecil serbuk koko.
1 cubit garam
4 cawan kertas (disapu mentega)

Cara - cara :

Panaskan ketuhar 200C dengan api atas dan bawah

Cairkan mentega dan coklat gelap bersama-sama dengan kaedah 'double boiler' dan kacau sehingga sebati.


Di sini saya sediakan video untuk kaedah double boiler. 


Pukul telur dan gula sehingga gula larut.


Ayak tepung, serbuk koko dan garam.


Satukan campuran coklat gelap yang telah dicairkan dengan telur yang telah dipukul tadi dan kacau sehingga sebati.


Masukkan bahan yang telah diayak ke dalam adunan dan gaul dengan spatula dengan kaedah kaup balik.


Masukkan adunan ke dalam cawan kertas. (jangan penuh sangat)


Sejukkan dahulu adunan di dalam peti ais selama 5 minit.

Bakar adunan selama 13 minit sahaja untuk mendapatkan lava di dalam kek tersebut.

Setelah siap dibakar, sejukkan dan boleh lah dihidangkan untuk anak-anak. 


Sumber resepi : Khairul Abdullah

Itu sahaja resepi untuk hari ini. Sangat mudah dan sangat sedap. Sekian, terima kasih.




Monday, 25 September 2017

Kek Aiskrim Nutella

Hai assalamualaikum.

Untuk kek hari ini, kek aiskrim nutella yang mampu membuat semua jatuh cinta dengan dia! Huhu.

Bahan - bahan yang diperlukan :

250ml krim segar
100g susu pekat
180gram nutella
350 gram aiskrim mozzarella
150 gram biskut coklat
80ml krim kek

Cara - cara :

Mula-mula, putarkan krim segar sehingga kembang.


Sementara itu, dalam mangkuk yang berasingan, kacau susu pekat dan nutella sehingga sebati.


Kemudian, masukkan adunan ke dalam krim segar (tinggalkan sedikit krim untuk hiasan).


Gaul sehingga sebati.


Letakkan adunan ke dalam loyang dan ratakan.


Sekarang, sediakan aiskrim mozarella.


Kemudian, tuang aiskrim mozarella ke dalam adunan di dalam loyang tadi menjadi lapisan kedua. Ratakan lapisan tersebut dan letakkan di dalam peti sejuk.


Sementara itu, hancurkan biskut coklat sehingga lumat. Kemudian masukkan krim. Kacau adunan sehingga sebati.


Adunan biskut yang telah sebati diletakkan di lapisan atas kek dan padatkan. Letakkan semula ke dalam peti sejuk selama 4 jam.


Keluarkan kek dalam keadaan terbalik di atas pinggan.


Sekarang, sesi menghias pula. Masukkan baki krim yang telah disimpan tadi ke dalam piping bag dan paipkan krim ke atas kek.


Taburkan kepingan coklat di atas kek.


Kek dah pun siap! 


Resepi ini agak mudah kerana tidak perlu membakar dengan ketuhar.

Gambar - gambar dari Cikgu Google.

Sekian, jumpa lagi untuk resepi yang lebih lazat! Assalamualaikum.








Sunday, 24 September 2017

Victoria Sandwich Cake

Hai assalamualaikum semua.

Untuk entry hari ini saya nak kongsikan resepi 'Victoria Sandwich Cake'. Sekali-sekala tukar selera orang putih pula huhuhu.

Bahan - bahan untuk membuat kek adalah :
220gm tepung kek
30gm tepung jagung
secubit garam
250 gm gula kastor
250 gm mentega tanpa garam
2 sudu besar golden syrup
2 sudu teh esen vanilla
5 biji telur

Bahan - bahan untuk krim keju pula adalah :

1 1/2 cawan krim putar
2 sudu besar lemon paste
56gm krim keju

Bahan - bahan untuk hiasan supaya sedap mata memandang, sedap lagi lidah merasa adalah :

jem strawberi
buah strawberi
buah ceri

Okay, sekarang tibalah di acara kemuncak....


Mula - mula, ayak tepung kek, tepung jagung dan garam sekali.


Kemudian, putar gula, mentega dan golden syrup dengan mesin pemutar sehingga gebu dan kembang.


Masukkan telur sebiji demi sebiji dengan kelajuan yang perlahan dan masukkan esen vanilla.


Setelah semua bahan sebati, masukkan tepung yang telah diayak dan gaul dengan spatula dengan kaedah kaup balik.


Masukkan adunan ke dalam loyang yang telah dilapik dengan kertas pembakar, bahagikan adunan sama banyak dalam 2 loyang.


Bakar kek selama 25-30 minit dengan suhu 160C.




Sementara menunggu kek siap dibakar, kita sediakan krim pula.

Putarkan krim keju dan lemon paste sehingga adunan menjadi lembut.

Dalam bekas yang berasingan, putarkan pula krim putar sehingga kental.

Gaulkan kedua-dua krim dengan kaedah kaup balik dan masukkan ke dalam piping bag.

Kek yang telah disejukkan tadi dipotong kepada dua bahagian (seperti gambar di bawah)



Paipkan krim di atas lapisan pertama kek. Kemudian, letakkan jem strawberi di tengah-tengah.

Lapikkan lapisan kedua di atas krim tadi, dan ulang langkah tadi.

Akhir sekali, hiaslah kek anda dengan buah-buahan beri yang lazat.


'Victoria Sandwich Cake' sedia dihidangkan. Bagi yang tak pernah mencuba, wajib cuba! Pasti akan menjadi idaman kalbu huhu. 


Credit : Masam manis

Sekian sahaja untuk resepi kali ini, berjumpa lagi untuk resepi yang akan datang. Terima kasih!







Saturday, 23 September 2017

Resepi Kek Keju Meleleh

Hai assalamualaikum.

Resepi kali ini sekali lagi untuk pencinta keju Hehe.

Okay, macam biasa, bahan - bahannya adalah..

KEK :
  • 100 gm tepung hongkong / tepung gandum
  • 60 gm tepung jagung
  • 100 gm gula kastor
  • 75 gm mentega cair
  • 4 biji telur
  • 1 sudu besar ovelette
  • 1 sudu kecil serbuk penaik
  • 1 sudu kecil vanila

KRIM:
  • 250 gm krim keju
  • 250 gm keju cheddar
  • 120 gm susu pekat manis
  • 50 ml krim putar UHT

Cara- Caranya,

Untuk kek, Ayak tepung gandum, tepung jagung dan serbuk penaik.


Kemudian, masukkan telur, ovalette, gula kastor, air dan esen vanila. Pukul hingga gebu dan kembang.


Bila dah kembang, masukkan tepung yang telah diayak.


Kacau adunan dengan menggunakan spatula sehingga sebati. Jangan kacau terlalu lama. 



Masukkan mentega cair dan kacau sehingga sebati.

Masukkan adunan ke dalam loyang yang telah disapu minyak dan dilapik dengan kertas kek.



Bakar kek di dalam ketuhar dengan suhu 150C selama 45 minit sehingga kek masak.


Sementara menunggu, kita sediakan krim pula. 

Campurkan krim keju, susu pekat manis dan krim putar UHT dan putar sehingga sebati.


Kemudian, bahagikan kek yang telah dibakar menjadi dua keping. (potong melintang).



Tuangkan krim keju di atas kepingan pertama dan lapiskan dengan kepingan kedua di atas krim keju tersebut.



Tuang baki krim keju di atas kek dan ratakan permukaan. 


Taburkan keju cheddar yang telah diparut di atas kek.
P/s : boleh juga hias kek dengan citarasa masing-masing.

Dan.... siap!

Credit : Mr Google

Bolehlah anda buat kek hari lahir untuk yang tersayang. Sekian, terima kasih.