Wednesday, 13 September 2017

Japanese Cotton Cheese Cake

Bahan-bahan A:

60g tepung kek/tepung superfine
20g tepung jagung
250g krim keju
100ml susu segar
50g mentega
6 biji kuning telur
1/4 sudu kecil garam
1 sudu besar jus lemon




Bahan-bahan B:
140g gula
6 biji putih telur
1/4 sudu kecil 'cream of tartar'



Cara-cara :



Mula-mula, asingkan kuning telur dengan putih telur.


Cairkan krim keju, mentega dan susu segar dengan kaedah 'double boiler' macam ni dan kacau sampai cair.


Dalam bekas yang berasingan, pukul kuning telur yang dah diasingkan, lepastu masukkan adunan krim keju yang dah dicairkan tadi dan kacau sampai sebati.



Ayak tepung kek dan tepung jagung dan masukkan ke dalam bekas yang berisi adunan tadi.

Masukkan 1/4 sudu kecil garam dan 1 sudu besar jus lemon.

Dah siap untuk Bahan A, jom buat Bahan B pula!

Untuk bahan B ni nak buat 'meringue' ok.


Pukul putih telur sampai berbuih, kalau ada 'mixer', boleh guna 'mixer'. Jimat tenaga. HEHE. Okay lepastu, masukkan 'cream of tartar' ke dalam putih telur.

Masukkan bahan terakhir, gula ke dalam adunan dan pukul sampai adunan tadi tu jadi berkilat (tekstur yang pekat dan likat). Bila dah dapat tekstur macam ni, cuba terbalikkan bekas tadi. Kalau bahan jatuh, maknanya tak jadi lagi lah tu. HUHU.

Tapi, jangan terlebih pukul. Nanti cair semula.



Lepastu, ambil 1/3 daripada 'meringue' tadi dan masukkan ke dalam bekas yang berisi adunan bahan A. Kacau campuran adunan sampai sebati. Guna kaedah kaup balik. Maknanya kaup adunan dari bawah ke atas. Seeloknya guna satu arah je. Kalau dah mula dari kanan ke kiri, maknanya sampai habislah dari kanan ke kiri.

Okay bila dah sebati, masukkan lagi 1/3 daripada 'meringue' ke dalam adunan. Buat dengan cara yang sama. Bila dah sebati, masukkan lagi baki 'meringue' tu ke dalam adunan. Maknanya step ni ulang 3 kali lah.

Akhir sekali, dah sampai bahagian membakar. 

Loyang boleh lapik dengan 'baking paper' supaya kek tak melekat pada loyang selepas dibakar.



Masukkan adunan ke dalam loyang. Ketuk sedikit bahagian bawah loyang supaya kek itu rata.

Okay, untuk bakar, kita guna kaedah 'water bath' untuk dapatkan kek yang lembab. Caranya, letakkan loyang kek tadi ke dalam loyang yang berisi air panas.

Panaskan ketuhar 170C dan tetapkan masa 20 minit. Selepas 20 minit, turunkan suhu ke 160C dan bakar selama 1 jam bergantung kepada jenis ketuhar masing-masing sampai kek berwarna keperangan. Gunakan api atas bawah.

Kek gebu-gebas dah siap! Bolehlah hidangkan dan nikmati seisi keluarga.


Credit : Google

Sekian. Jumpa lagi untuk resepi yang lagi menarik esok!
Assalamualaikum.




No comments:

Post a Comment