Untuk kek hari ini, kek aiskrim nutella yang mampu membuat semua jatuh cinta dengan dia! Huhu.
Bahan - bahan yang diperlukan :
250ml krim segar
100g susu pekat
180gram nutella
350 gram aiskrim mozzarella
150 gram biskut coklat
80ml krim kek
Cara - cara :
Mula-mula, putarkan krim segar sehingga kembang.
Sementara itu, dalam mangkuk yang berasingan, kacau susu pekat dan nutella sehingga sebati.
Kemudian, masukkan adunan ke dalam krim segar (tinggalkan sedikit krim untuk hiasan).
Gaul sehingga sebati.
Letakkan adunan ke dalam loyang dan ratakan.
Sekarang, sediakan aiskrim mozarella.
Kemudian, tuang aiskrim mozarella ke dalam adunan di dalam loyang tadi menjadi lapisan kedua. Ratakan lapisan tersebut dan letakkan di dalam peti sejuk.
Sementara itu, hancurkan biskut coklat sehingga lumat. Kemudian masukkan krim. Kacau adunan sehingga sebati.
Adunan biskut yang telah sebati diletakkan di lapisan atas kek dan padatkan. Letakkan semula ke dalam peti sejuk selama 4 jam.
Keluarkan kek dalam keadaan terbalik di atas pinggan.
Sekarang, sesi menghias pula. Masukkan baki krim yang telah disimpan tadi ke dalam piping bag dan paipkan krim ke atas kek.
Taburkan kepingan coklat di atas kek.
Kek dah pun siap!
Resepi ini agak mudah kerana tidak perlu membakar dengan ketuhar.
Gambar - gambar dari Cikgu Google.
Sekian, jumpa lagi untuk resepi yang lebih lazat! Assalamualaikum.
No comments:
Post a Comment