Okay hari ni tekak terasa nak makan red velvet. So, apa lagi. Share resepi lah.
Bahan-bahan :
2 setengah cawan tepung gandum
1 sudu kecil garam
2 sudu besar serbuk koko
2 sudu besar serbuk koko
1 suku cawan minyak sayuran
1 cawan buttermilk
2 sudu besar pewarna merah
1 sudu kecil esen vanila
2 biji telur gred A (suhu bilik)
1 1/4 cawan gula kastor
1 sudu kecil cuka putih
1 sudu kecil soda bikarbonat
Cara-cara :
Pukul minyak dan gula. Kemudian, masukkan telur dan pukul sehingga adunan menjadi kembang dan ringan.
Ayak tepung gandum, serbuk koko dan garam sekaligus.
Dalam bekas yang berasingan, satukan buttermilk, pewarna merah dan esen vanila.
Dengan kelajuan mixer yang sederhana, masukkan setengah daripada tepung dah telah diayak tadi ke dalam mixer berselang-seli dengan larutan buttermilk.
Dalam mangkuk yang berasingan, masukkan cuka dan soda bikarbonat. Larutan akan menjadi berbuih. Dengan segera, masukkan larutan ke dalam adunan dan kacau dengan kaedah kaup balik.
Adunan sudah sedia untuk dibakar!
Masukkan loyang yang berisi adunan kek ke dalam ketuhar yang telah dipanaskan. Tetapkan suhu 170C dan bakar selama 1 jam atau sehingga kek masak.
Setelah kek dibakar, biarkan kek sejuk di dalam loyang selama 10 minit dan keluarkan.
P/S : sekiranya anda ingin membuat kek cawan, bakar kek cawan tersebut selama 15 minit sahaja pada suhu 170C.
Eh! Belum siap lagi. Tak lengkaplah kek tanpa hiasan kan?
Okay sekarang nak buat krim pula
Bahan - bahan :
8 oz krim keju (sejuk)
5 sudu besar mentega
2 sudu kecil esen vanila
2 cawan gula ising (ayak)
Cara - cara :
Putarkan krim keju, mentega dan esen vanila sehingga sebati.
Masukkan gula ising sedikit demi sedikit ke dalam adunan.
Adunan disimpan di dalam peti sejuk sebelum digunakan.
*adunan boleh disimpan sehingga 3 hari
Okay sekarang bolehlah hias kek ikut citarasa masing-masing
Sekian assalamualaikum.
No comments:
Post a Comment