Thursday, 21 September 2017

Kek Marble

Hai, assalamualaikum.

Resepi kek untuk hari ni adalah kek yang mampu menceriakan hari-hari anda kerana rasanya yang sedap dan warnanya yang menarik.

Macam biasa, bahan yang diperlukan ;

8 oz/227gm mentega
6 oz/170gm tepung gandum
6 oz/170gm gula kastor
5 biji telur
3 sb susu pekat
1 sk serbuk penaik
1 sk esen vanilla
1 sb ovalette
3-4 sudu makan serbuk koko (ayak)

Cara - caranya ;

Ayak tepung bersama serbuk penaik. Pukul mentega, susu dan esen vanilla hingga kembang.




Di dalam bekas lain, pukul putih telur hingga ringan lalu masukkan gula sedikit demi sedikit hingga adunan sebati.


Masukkan telur kuning sebiji demi sebiji ke dalam adunan putih telur dan pukul hingga rata. Masukkan ovalette dan adunan mentega, pukul lagi hingga kembang.



Akhir sekali masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul satu arah sahaja. Apabila rata bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan masukkan warna mengikut citarasa anda.



Tuang adunan ke dalam loyang secara selang seli dimulai dengan adunan asal. Lorek dengan menggunakan lidi.


Bakar pada suhu 180C selama 45 minit atau sehingga masak (bergantung kepada ketuhar masing-masing).


Sumber : Google

Akhirnya, kek marble anda telahpun siap dan sedia untuk dihidangkan.

No comments:

Post a Comment