Untuk resepi hari ini, saya ingin berkongsi cara membuat kek span coklat yang mudah dan ringkas serta sungguh enak dimakan begitu saja. Huhuhu.
Okay, bahan yang perlu digunakan adalah;
- 4 biji telur gred A
- 180 gm gula halus
- 150 gm tepung kek
- 20 gm serbuk koko
- 70 gm air
- 5 gm baking powder ( 1 sudu teh)
- 15 gm ovellete
- 50 gm minyak jagung
- 1 sudu teh esen vanilla (oil base)
Ayak tepung kek, serbuk koko dan baking powder bersama-sama. Seterusnya, masukkan kesemua bahan (kecuali minyak jagung) ke dalam mixer. Kemudian gaul kesemua bahan dengan kelajuan yang sederhana sehingga adunan menjadi ringan dan gebu-gebas gitew.
Kemudian, masukkan minyak jagung ke dalam adunan dan gaul dengan kaedah suap balik dengan menggunakan spatula.
*p/s jangan gaul lama sangat. Gaul sehingga bahan menjadi sebati sahaja.
Kemudian tuang adunan ke dalam loyang. Pastikan loyang telah dilapik dengan baking paper. Kalau tiada pun tak apa. Hanya sapukan marjerin sahaja bagi mengelakkan kek lekat pada loyang setelah dibakar.
Bakar selama 30-35 minit pada suhu 170C dengan menggunakan api atas dan bawah.
Bila kek selesai dibakar, keluarkan dari ketuhar dan rehatkan kek selama 5 minit sahaja.
Keluarkan kek dari loyang dalam keadaan yang terbalik, dan biarkan selama 1 minit. Kemudiaan baru terbalikkan semula.
Kek span coklat sedia dihidang.
Sekian sahaja untuk resepi kali, tunggu resepi kek yang lebih menarik pada hari esok! Terima kasih.
Sumber : Masam Manis
No comments:
Post a Comment