Kek coklat lava. Kalau beli dekat kedai mungkin harga lebih mahal. Dapat makan pun sikit je. Kalau buat sendiri dalam makan banyak, untung-untung boleh jual pula!
Bahan - bahan :
5 sudu besar mentega
100gm coklat gelap
2 biji telur
1 kuning telur
3 sudu besar gula
3 sudu besar tepung
2 sudu kecil serbuk koko.
1 cubit garam
4 cawan kertas (disapu mentega)
Cara - cara :
Panaskan ketuhar 200C dengan api atas dan bawah
Cairkan mentega dan coklat gelap bersama-sama dengan kaedah 'double boiler' dan kacau sehingga sebati.
Di sini saya sediakan video untuk kaedah double boiler.
Pukul telur dan gula sehingga gula larut.
Ayak tepung, serbuk koko dan garam.
Satukan campuran coklat gelap yang telah dicairkan dengan telur yang telah dipukul tadi dan kacau sehingga sebati.
Masukkan bahan yang telah diayak ke dalam adunan dan gaul dengan spatula dengan kaedah kaup balik.
Masukkan adunan ke dalam cawan kertas. (jangan penuh sangat)
Sejukkan dahulu adunan di dalam peti ais selama 5 minit.
Bakar adunan selama 13 minit sahaja untuk mendapatkan lava di dalam kek tersebut.
Setelah siap dibakar, sejukkan dan boleh lah dihidangkan untuk anak-anak.
Sumber resepi : Khairul Abdullah
Itu sahaja resepi untuk hari ini. Sangat mudah dan sangat sedap. Sekian, terima kasih.
No comments:
Post a Comment