Tuesday, 19 September 2017

Resepi Kek Cawan Pelangi

Hai assalamualaikum.

Untuk resepi kali ini, kek yang paling digemari oleh kanak-kanak kerana warnanya yang menarik dan rasanya yang sedap.

Bahan - bahan yang diperlukan untuk membuat kek cawan pelangi adalah,

226 gram butter (suhu bilik)
375 gram tepung naik sendiri
456 gram gula kastor
2 sudu kecil serbuk penaik
½ sudu kecil garam
2 biji telur
1 1/2 cawan susu segar

1 sudu kecil esen vanila
Pewarna – biru, kuning dan merah jambu (boleh pilih warna mengikut citarasa anda)
Krim putar

Cara - cara :


Ayak tepung naik sendiri, gula kastor, serbuk penaik dan garam serentak.



Dalam bekas yang berasingan, pukul telur, mentega dan esen vanila sehingga adunan sebati.



Masukkan adunan yang telah diayak ke dalam adunan yang telah dipukul tadi diselang-selikan dengan susu segar.

Bahagikan adunan kepada 3. Dalam setiap bekas, letakkan pewarna.



Masukkan adunan ke dalam bekas kek cawan selapis demi selapis (selang-seli setiap warna) dengan menggunakan piping bag.




*p/s jangan terlampau penuh. 3/4 daripada bekas sudah memadai.

Panaskan ketuhar pada suhu 180C dan bakar kek cawan selama 10-15 minit. 

Setelah masak, hias kek cawan dengan krim putar. Ingin lebih menarik? Taburkan chocolate rice ke atas kek tersebut.



Sumber gambar : Google 

Kek cawan boleh dihidangkan kepada anak-anak. Tunggu resepi untuk esok pula! Sekian assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment