Untuk entry hari ini saya nak kongsikan resepi 'Victoria Sandwich Cake'. Sekali-sekala tukar selera orang putih pula huhuhu.
Bahan - bahan untuk membuat kek adalah :
220gm tepung kek
30gm tepung jagung
secubit garam
250 gm gula kastor
250 gm mentega tanpa garam
2 sudu besar golden syrup
2 sudu teh esen vanilla
5 biji telur
Bahan - bahan untuk krim keju pula adalah :
1 1/2 cawan krim putar
2 sudu besar lemon paste
56gm krim keju
Bahan - bahan untuk hiasan supaya sedap mata memandang, sedap lagi lidah merasa adalah :
jem strawberi
buah strawberi
buah ceri
Okay, sekarang tibalah di acara kemuncak....
Mula - mula, ayak tepung kek, tepung jagung dan garam sekali.
Kemudian, putar gula, mentega dan golden syrup dengan mesin pemutar sehingga gebu dan kembang.
Masukkan telur sebiji demi sebiji dengan kelajuan yang perlahan dan masukkan esen vanilla.
Setelah semua bahan sebati, masukkan tepung yang telah diayak dan gaul dengan spatula dengan kaedah kaup balik.
Masukkan adunan ke dalam loyang yang telah dilapik dengan kertas pembakar, bahagikan adunan sama banyak dalam 2 loyang.
Bakar kek selama 25-30 minit dengan suhu 160C.
Sementara menunggu kek siap dibakar, kita sediakan krim pula.
Putarkan krim keju dan lemon paste sehingga adunan menjadi lembut.
Dalam bekas yang berasingan, putarkan pula krim putar sehingga kental.
Gaulkan kedua-dua krim dengan kaedah kaup balik dan masukkan ke dalam piping bag.
Kek yang telah disejukkan tadi dipotong kepada dua bahagian (seperti gambar di bawah)
Paipkan krim di atas lapisan pertama kek. Kemudian, letakkan jem strawberi di tengah-tengah.
Lapikkan lapisan kedua di atas krim tadi, dan ulang langkah tadi.
Akhir sekali, hiaslah kek anda dengan buah-buahan beri yang lazat.
'Victoria Sandwich Cake' sedia dihidangkan. Bagi yang tak pernah mencuba, wajib cuba! Pasti akan menjadi idaman kalbu huhu.
Credit : Masam manis
Sekian sahaja untuk resepi kali ini, berjumpa lagi untuk resepi yang akan datang. Terima kasih!




No comments:
Post a Comment